Pages

Thursday, April 21, 2011

NOTA

SEJARAH
LAMBANG PENGAKAP
PERSETIAAN
UNDANG-UNDANG
ISTIADAT
LAUNG AGUNG
IKATAN
CERITA HUTAN

SADWICH SARDIN

Aktiviti ahli pengakap Tahun 3 dan 4 pada minggu ini adalah membuat sadwich sardin. Aktiviti tersebut telah dikendalikan oleh Guru Penasihat Pengakap iaitu Cik Haryani, Cik Faridatul Amna, Pn. Ling dan Pn.Robaayah. Aktiviti ini adalah untuk memberi pengalaman kepada murid membuat resepi masakan yang mudah yang boleh digunakan semasa pergi berkhemah, berkelah dan sebagainya.

RESEPI SANDWICH SARDIN

BAHAN-BAHAN
1 buku roti
1 tin sardin
1 biji timun
Air perahan limau
Garam

CARA-CARA
1. Hancurkan ikan sardin.
2. Masukkan secubit garam dan air perahan limau.
3. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
4. Timun dipotong bulat.
5. Ambil sekeping roti, hiaskan dengan 2 keping timun.
6. Letakkan sardin yang telah dihancurkan di atas roti.
7. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas roti yang telah siap diletakkan timun dan sardin.

Sunday, April 10, 2011

UJIAN LENCANA KEPANDAIAN

TARIKH:9 APRIL 2011
TEMPAT:SK DATO' ISHAK

Seramai 9 orang ahli pengakap SK Lekir telah mengikuti Ujian Lencana Kepandaian di SK Dato' Ishak pada Sabtu 9 April 2011. Antara Ujian Lencana Kepandaian yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah Ujian Pembaca Peta, Ujian Pengurus Rumah dan Ujian Pertolongan Cemas. Semua murid yang mengambil ujian tersebut telah lulus dengan cemerlang. "BUAT SEHABIS BAIK"