Pages

Showing posts with label AKTIVITI MINGGUAN. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI MINGGUAN. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

SADWICH SARDIN

Aktiviti ahli pengakap Tahun 3 dan 4 pada minggu ini adalah membuat sadwich sardin. Aktiviti tersebut telah dikendalikan oleh Guru Penasihat Pengakap iaitu Cik Haryani, Cik Faridatul Amna, Pn. Ling dan Pn.Robaayah. Aktiviti ini adalah untuk memberi pengalaman kepada murid membuat resepi masakan yang mudah yang boleh digunakan semasa pergi berkhemah, berkelah dan sebagainya.

RESEPI SANDWICH SARDIN

BAHAN-BAHAN
1 buku roti
1 tin sardin
1 biji timun
Air perahan limau
Garam

CARA-CARA
1. Hancurkan ikan sardin.
2. Masukkan secubit garam dan air perahan limau.
3. Kacau hingga sebati dan ketepikan.
4. Timun dipotong bulat.
5. Ambil sekeping roti, hiaskan dengan 2 keping timun.
6. Letakkan sardin yang telah dihancurkan di atas roti.
7. Ambil sekeping lagi roti dan letakkan di atas roti yang telah siap diletakkan timun dan sardin.

Wednesday, July 14, 2010

AKTIVITI MINGGUAN

TARIKH:14 JULAI 2010
HARI:RABU
MASA:3.00-4.00 PETANG

Aktiviti murid Tahun 5 pada petang itu ialah membuat roti telur dengan di bimbing oleh Guru Penasihat iaitu Pn. Nor Rizan dan Pn. Ruhaizan.


Manakala untuk ahli Pengakap Tahun 3 dan 4, telah dijalankan ujian membuat ikatan simpul manuk. Pn. Che Wa selaku penguji akan menilai mereka sama ada lulus atau pun tidak dalam ikatan tersebut. Manakala guru-guru Penasihat yang lain adalah selaku guru pembimbing yang membantu murid memahirkan diri untuk membuat ikatan tersebut. Alhamdullillah, semuanya telah lulus dalam ujian tersebut.......