Pages

Saturday, March 26, 2011

UJIAN KERIS EMAS DAN PERAK

TARIKH:25 MAC 2011 - 27 MAC 2011
TEMPAT:SK DATO' ISHAK

Seramai 9 orang ahli pengakap SK Lekir telah menduduki Ujian Keris Perak. Mereka telah berkhemah di SK Dato' Ishak selama 3 hari 2 malam bermula pada 25 Mac hingga 27 Mac 2011.Syukur alhamdulillah kesemua yang terlibat telah lulus dengan cemerlang. TAHNIAH.....BUAT SEHABIS BAIK










Sunday, February 20, 2011

UJIAN LENCANA KEPANDAIAN

Persekutuan Pengakap Daerah Manjung telah mengadakan Ujian Lencana Kepandaian Basikal, Kraftangan dan Pelukis pada 19 Februari 2011 yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 11.00 malam. Seramai ahli Pengakap SK Lekir telah mengambil ujian tersebut di SK Dato' Ishak Lumut. Mereka semua telah lulus dalam ujian tersebut.TAHNIAH...........









Thursday, July 15, 2010

CERITA HUTAN

MOWGLI


Di pedalaman India pada zaman dahulu ada seekor harimau tua yang tempang kakinya dan paling dibenci oleh binatang-binatang yang hidup aman dalam sebuah kawasan hutan. Harimau ini bernama Shere Khan.

Pada suatu malam ketika dia menghendap-hendap mencari makanan Shere Khan ternampak sebuah khemah pemotong kayu. Di dalam khemah itu, pemotong kayu suami isteri dan seorang anak meeka yang masih kecil sedang tidur dengan nyenyak. Di sisi khemah itu, unggun api menyala dengan maraknya.

Kerana terlalu gembira menemui mangsanya itu Shere Khan terus menerkam. Malangnya Shere Khan terpijak bara unggun api yang ada di sisi khemah itu. Dia pun melolong kesakitan sehingga menggemparkan satu keluarga serigala yang tinggal dalam sebuah gua batu tidak jauh dari situ.

Sedang Bapa Serigala berlari keluar dari guanya hendak menyiasat kejadian itu, tiba-tiba dia terdengar sesuatu merayap di dalam semak. Apabila dia bersedia hendak menerkam, dia ternampak seorang anak manusia sedang merangkak ke arahnya dengan berani. Budak itu adalah anak pemotong kayu yang tertinggal di dalam khemah ketika ibu bapanya melarikan diri apabila terdengar lolongan Shere Khan tadi.

Bapa serigala menggonggong budak itu dan membawanya ke dalam gua. Ibu serigala kasihan dan tertarik hati kepadanya kerana budak itu sedikit pun tidak takut kepada mereka malah berebut-rebut dengan anak serigala yang lain menghisap susu Ibu Serigala.

Kedua-dua Ibu dan Bapa Serigala bersetuju menerima budak itu sebagai anak mereka sendiri dan menamakannya Mowgli. Anak-anak serigala yang lain juga sayang kepadanya dan menganggap Mowgli sebagai saudara mereka sendiri.

Tetapi tidak lama kemudian Shere Khan datang ke mulut gua itu dengan dipandu Tabaqui, seekor rubah (jackal), yang memang hidupnya memakan sisa tangkapan binatang-binatang lain.

Tabaqui terdahulu daripada itu telah dapat mengesan ke mana budak kecil pemotong kayu itu pergi dan mengharap dapat makan sisa-sisa Shere Khan jika harimau tempang itu memakan budak itu nanti.

Bagaimanapun apabila Shere Khan menuntut supaya Bapa Serigala menyerahkan budak itu, yang didakwanya sebagai haknya, Bapa dan Ibu Serigala menentang. Shere Khan cuba hendak mengambil budak itu dari dalam gua, tetapi badannya tidak muat melalui pintu gua.

Dengan marah dia akhirnya meninggalkan gua itu tetapi bersumpah yang suatu hari nanti budak itu akan tetap menjadi mangsanya. Semenjak itu, Mowgli tinggal bersama-sama keluarga serigala itu dan benar-benar sebagai anak serigala di dalam hutan.


DITERIMA SEBAGAI AHLI KUMPULAN SERIGALA

Ada suatu adat Kumpulan Serigala yang tinggal di hutan itu. Apabila anak-anak serigala sudah agak besar, mereka mestilah ditunjukkan kepada semua anggota Kumpulan. Mereka mengadakan Sidang Kumpulan sebulan sekali pada malam bulan purnama di kawasan berbatubatu yang dipanggil Batu Sidang.

Di sinilah nasib anak-anak serigala ditentukan, sama ada diterima sebagai anggota Kumpulan atau sebaliknya. Apabila seekor anak serigala sudah diterima sebagai anggota Kumpulan, tidak seekor serigala lain pun boleh membunuhnya, dan jika ada yang membunuh, hukumannya ialah bunuh juga.

Bapa Serigala menunggu sehingga anak-anaknya termasuk Mowgli, sudah boleh berlari lari. Kemudian, pada suatu malam bulan purnama, Bapa dan Ibu Serigala pun membawa anakanak mereka ke Batu Sidang itu.

Apabila semua anggota Kumpulan sudah berada di situ dengan anak masing-masing, Ketua Kumpulan, seekor Serigala Jantan yang gagah lagi bijaksana bernama Akela, mula menyuruh ibu-ibu serigala menunjukkan anak masing-masing untuk dilihat oleh anggota-anggota Kumpulan.

Akhirnya tibalah kepada giliran Mowgli. Dia sedikit pun tidak menunjukkan rasa takut sebaliknya bergurau dengan anak-anak serigala lain seolah-olah dia pun serigala juga. Apabila Akela menyuruh anggota-anggota Kumpulan melihat Mowgli dan membuat keputusan, tiba-tiba Shere Khan mengaum dari belakang batu besar.

"Anak manusia milikku. Berikan dia kepadaku semula kerana anak manusia tidak layak hidup bersama kumpulan Serigala!" katanya.

Setelah senyap seketika, mulalah beberapa ekor anak serigala yang sudah agak dewasa menyatakan rasa tidak setuju mereka menerima Mowgli. Mengikut Undang-undang Hutan, apabila timbul perselisihan begitu, dua anggota Kumpulan yang bukan ibu atau bapa kepada anak serigala itu mestilah bercakap menyokongnya baru dia diterima menjadi anggota Kumpulan.

"Siapakah antara anggota Kumpulan yang bersedia menyokong?" tanya Akela, Ketua Kumpulan.

Tidak seekor pun anggota Kumpulan itu bersuara dan Ibu Serigala pun bersedia hendak bertempur bermati-matian untuk mempertahankan Mowgli. Seekor binatang lain yang bukan anggota Kumpulan itu tetapi dibenarkan bercakap dalam Sidang Kumpulan ialah Baloo, seekor beruang tua yang menjadi guru mengajar anak-anak serigala Undang-undang Hutan.

Setelah tidak ada serigala yang lain bercakap, Baloo berdiri di tempatnya di belakang Batu Sidang dan menyokong supaya Mowgli diterima sebagai anggota Kumpulan.

Dia sendiri berjanji akan mengajar Mowgli. Tetapi Mowgli memerlukan lagi satu suara menyokongnya. Ketika Akela meminta sokongan lagi, Bagheera, seekor Harimau Kumbang yang tangkas tetapi baik hati, tiba-tiba bercakap. Walaupun dia tidak berhak bersuara, tetapi mengikut Undang-undang Hutan, nyawa seekor anak serigala boleh ditebus dengan seekor buruan.

Dia akan menghadiahkan seekor lembu jantan yang baru dibunuhnya dan disembunyikan tidak jauh dari situ untuk menebus nyawa Mowgli supaya diterima sebagai anggota Kumpulan. Anggota-anggota Kumpulan segera bersetuju menerima Mowgli sebagai anggota apabila mendengar hadiah lembu jantan yang ditawarkan oleh Bagheera itu.

Mereka turun dari bukit dan pergi beramai-ramai mendapatkan buruan itu dan tinggallah Akela, Bagheera, Baloo dan keluarga Mowgli saja di Batu Sidang itu.

Shere Khan mengaum lagi sekuat hatinya, terlalu marah kerana budak itu tidak diserahkan kepadanya. Tetapi Akela berkata keputusan itu amat baik kerana manusia dan anak mereka memang baik dan Mowgli akan dapat memberi pertolongan kepada suatu hari kelak.


" Kekuatan sesebuah enam sekawan adalah ahli sekawannya dan kekuatan ahli sekawan terletak pada enam sekawannya "

SIMPULAN DAN IKATAN

Buku Sila

Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.

Tindih Kasih

Simpulan ini digunakan untuk mengikat leher binatang supaya tidak terjerut, dan membuat lubang tali yang tidak terjerut untuk mengangkat mangsa atau binatang ke atas seperti kucing terjatuh ke dalam telaga

Bunga Keti

Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tal yang tidak sama besar, misalnya tali perahu dengan tali kapal.

Simpul Pulih

Simpulan ini digunakan bagi memendekkan tali yang panjang tanpa memotongnya. Ia juga digunakan untuk menguatkan bahagian yang tidak kukuh.

Simpul Manuk

Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu atau sebagainya.

Bunga Keti Ganda

Simpulan bunga keti berganda digunakan untuk menyambung dua tali yang tidak sama besar dan dapat digunakan dengan selamat.

Simpul Dua Lilit

Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali khemah pada pasaknya.

Simpul Pengail

Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail atau menyambung tali yang licin.


PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Fasal 1 : Nama dan Alamat.
i. Persatuan ini adalah dikenali dengan nama PERTUBUHAN PENGAKAP KANAK-KANAK (PKK) SEKOLAH KEBANGSAN LEKIR
ii. Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah SEKOLAH KEBANGSAAN LEKIR

Fasal 2 : Tujuan Persatuan
i. Untuk melatih dan menonjolkan bakat kepimpinan.
ii. Untuk membantu program peningkatan kurikulum, motivasi dan mengurangkan masalah disiplin murid.
iii. Memberi peluang murid mengambil bahagian secara aktif melalui aktiviti yang disediakan.

Fasal 3 : Keahlian
i. Ahli persatuan ini adalah terdiri daripada murid-murid tahun 3, 4, 5 dan 6.
ii. Pemilihan ahli dibuat berdasarkan minat dan bakat pelajar pada awal tahun.
iii. Guru penasihat boleh mempengaruhi murid bagi tujuan menambah bilangan ahli persatuan.

Fasal 4 : Tanggungjawab dan Hak Ahli.
i. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menghadiri mesyuarat dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti persatuan.
ii. Setiap ahli juga berhak untuk bersuara, memilih dan dilantik memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

Fasal 5 : Mesyuarat.
i. Satu mesyuarat agung perlu diadakan dalam perjumpaan pertama iaitu pada awal tahun untuk:
- memilih ahli Jawatan Kuasa persatuan
- kewangan
- ucapan penangguhan
- cadangan-cadangan
ii. Ahli Jawatan Kuasa adalah terdiri daripada:
a. Pengerusi
b. Setiausaha
c. Bendahari
d. Enam orang AJK (mewakili murid tahun 4, 5 dan 6)
iii. Mesyuarat AJK perlu diadakan dua kali setahun iaitu pada awal tahun dan pada akhir tahun berkenaan.
iv. Mesyuarat kali pertama akan memberi tumpuan untuk merancang aktiviti tahunan persatuan.
v. Korum-korum bagi mesyuarat agung hendaklah sebanyak 2/3 daripada jumlah keseluruhan ahli.
vi. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah sebanyak 2/3 daripada bilangan ahli-ahli jawatankuasa.

Fasal 6 : Tugas Pegawai Atau AJK Persatuan.
i. Pengerusi
Menjadi pengerusi mesyuaraat, bertanggungjawab untuk memastikan segala mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
ii. Setiausaha
Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan, menyimpan minit dan surat, menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan menyediakan laporan tahunan persatuan.
iii. Bendahari
Bertanggungjawab dalam hal kutippan kewangan persatuan, apabila ada kutipan berlaku beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli terlibat kepada Guru Penasihat.

Fasal 7 : Punca Kewangan / Pendapatan.
i. Kewangan persatuan ini diperolehi melalui :
a. wang SUWA (Kokurikulum).
b. sumbangan PIBG.
c. derma daripada ahli dan orang ramai.
ii. Semua kutipan dan perbelanjaan wang untuk sebarang aktiviti persatuan perlu mendapat kelulusan pihak pentadbir sekolah dan rekod perbelanjaan mesti disediakan.

Fasal 8 : Pindaan Perlembagaan Persatuan.
i. Perlembagaan persatuan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.
ii. Perubahan atau pindaan itu hanya berkuatkuasa setelah mendapat persetujuan Guru Besar.

Fasal 9 : Tafsiran.
i. Sekiranya timbul sesuatu yang tidak jelas mengenai tafsiran dalam perlembagaan ini, perkara itu hendaklah dirujukkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa. Keputusan Jawatankuasa mengenai perkara itu adalah muktamad.

Fasal 10 : Pembubaran.
i. Persatuan ini tidak boleh dibubarkan kecuali dengan persetujuan Guru Besar atau Pentadbir Sekolah.

PENDAFTARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN LEKIR
PENDAFTARAN BADAN BERUNIFORM / KELAB / PERSATUAN / PERMAINAN TAHUN ...............

1. NAMA : KUMPULAN PENGAKAP ..............................................

2. GURU PENASIHAT :
2.1
2.2
2.3
2.4

3. AHLI JAWATAN KUASA :
3.1 .................................................... S/B ........................ (KETUA)
3.2 .................................... S/B ........................ (PEN KETUA)
3.3
3.4
3.5
3.6

4. BILANGAN AHLI :
LELAKI : .............. ORANG
PEREMPUAN : ............... ORANG
JUMLAH KESELURUHAN : .............. ORANG

5. KEGIATAN :
TARIKH : ................................. HARI : ............. MASA : ............................

6. TARIKH : ........................


tandatangan
( GPK. KOKURIKULUM)
LULUS / TIDAK DILULUSKAN


tandatangan
(GURU PENASIHAT 1 )